logo

Inovatif

Profesor di China Syorkan supaya Lelaki-lelaki Berkongsi Isteri.


Seorang bergelar profesor di Universiti Zhejiang mencadang sesuatu yang tak masuk akal untuk lelaki gaji ciput di China berkongsi isteri. Kononnya nak mengatasi masalah mencari pasangan hidup. 
Dah gila ke apa professor yang dikenali Xie Zuoshi ni!! Xie ni bagi cadangan gila tu selepas China berdepan dengan jurang jantina yang semakin luas dan lelaki kat negara tu terdesak cari perempuan nak jadikan isteri.
Menurut Xie, lelaki yang gaji besar ni tak jadi masalah nak isteri tapi bagi gaji kecik ni dicadangkan diorang berpakat cari perempuan yang boleh berkongsi sebagai isteri.
Cadangan tak munasabah tu dikecam beberapa aktivis perempuan menganggap cadangan tu tak adil dan tak bermoral. Memang tak bermoral pun! Tapi Xie ni tegas dengan pendirian dia, tetap nak menang gak.
“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie.
Selain cadangan tu, Xie cadang cara lain iaitu mendesak orang kat sana menerima homoseks dan mengimport perempuan dari negara jiran. Huhuhuu..
Diorang ni betul-betul terdesak la, dah tak tau nak selesaikan macam mana masalah besar tu. Idea gila tercetus keluar! MissHana/Utaranews.com.
Read More
Inovatif

Jangan cepat mengeluh dengan anak


Memang aku yang kandungkan anak ini selama 9 bulan. Lama. Memang aku juga yang melahirkan dia 6 bulan yang lalu. Sakit.  Tetapi anak aku bukan milik aku, dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil dia semula.  Jadi mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain sedangkan aku selamba melayan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi? Jangan aku lupa, anak ini milik Allah. Bila-bila masa saja Dia boleh ambil semula.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi sedangkan baru saja dibeli bulan yang lalu? Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin membeli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat? Mengapa aku mengeluh? Lupakah aku bahawa anak ini milik Allah dan bila-bila masa saja dia boleh ambil balik.  Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan, ada saja kehendak dan keperluan anak ini.
“Matilah aku kalau macam ni ya Allah!”
Sedarkah aku bahawa ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak? Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki? Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi termasuklah anak ini. Ingatlah, bila-bila masa dia boleh ambil kembali anak ini.  Aku terus mengeluh. Tengah khusyuk bersembang di Facebook, si anak merengek-rengek meminta diangkat, diagah-agah pula.
“Ah! Mana boleh!  Nanti manja budak ni. Nah! Ambil ini dan mainlah sendiri!”
Allah, mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini?  Entah berapa ramai yang menangis dan merayu dalam sujudnya di malam hari memohon dikurniakan anak sebagai penyeri hidup.  Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku tetapi mengapa aku mengeluh?  Ini kan milik Allah dan bila-bila masa Allah boleh mengambilnya kembali.
Ya Allah, telah kau berikan aku anak sebaik, sesihat dan secantik ini. Tetapi masih juga aku banyak bunyi. Ampunkan aku ya Allah. Kau panjangkanlah jodoh dengan dia hingga syurgaMu. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku tetapi dia milikMu. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali.

Posting di ambil dari facebook Marina dan ditulis semula untuk artikel di HIBURAN.MY
Read More
Inovatif

Bos Facebook bercuti, rezeki semakin mencurah-curah.


Ada-ada saja cerita unik dari pengasas situs jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg. Zuck yang baru saja mengambil cuti setelah kelahiran puteri pertamanya, Maxima Chan Zuckerberg, itu bak mendapatkan durian runtuh. Kenapa pula tidak, selama bercuti untuk merawat puterinya bersama-sama dengan isterinya, Priscilla Chan, rangkaian sosial yang pengguna aktifnya mencapai 1,59 bilion per bulan itu melaporkan bahawa pendapatannya meningkat hingga 52 persen selama tempoh tiga bulan pada 31 Desember 2015.

Maklumat daripada Tech Times, Jumaat (29/1/2016), keuntungan yang diperolehi Facebook pada tempoh  tersebut mencecah lebih dari US$ 1 bilion! Zuckerberg dikabarkan menghabiskan masa cutinya bersama sang buah hatinya selama lebih kurang dua bulan. Dalam cutinya, CEO Facebook ini seringkali dilihat menikmati saat-saat manis bersama keluarga kecilnya dalam foto-foto yang beredar luas di internet. Dalam pada itu, berdasarkan laporan Bloomberg, harga saham Facebook melonjak, sehingga memberikan Zuckerberg tambahan kekayaan hingga US$ 5.5 bilion! Hal tersebut menjadikannya berada pada kedudukan keenam dari daftar orang-orang paling kaya di dunia.


Moral dartipada kisah Zuckerberg ini, jika anda adalah seorang ayah yang memiliki pekerjaan dengan tingkat stres yang tinggi, cubalah untuk beristirahat dari pekerjaan dan mengambil cuti. Habiskan waktu tersebut untuk melakukan hal-hal indah bersama dengan orang-orang yang Anda cintai. Sudah tentu prestasi anda kelak akan menjadi lebih baik. Facebook dikabarkan mengizinkan pekerjanya untuk cuti selama empat bulan bagi mengurus anak-anak mereka yang baru lahir. Sebagai perbandingan, CEO Yahoo, Marissa Mayer, hanya mengambil dua minggu semasa cutinya pada 2012 setelah dia melahirkan anak pertamanya.
Read More
Inovatif

Petani di Thailand guna Doraemon untuk panggil hujan!


Amboiiii…..guna doraemon pula panggil hujan! Berkesan ke panggil hujan tu? Mampu ke ‘doraemon’ tu jadi macam kartun doraemon Jepun. Kartun doraemon Jepun tu boleh jer tukar apa pun or tukar cuaca pun bolehkan. Sebenarnya kampung di daerah Nong Muang Khai, Thailand terjejas teruk sebab kemarau. Ohhhh…Thailand pun dah jadi macam kat Karachi noh. Tapi guna doraemon tu pasal apa? Tak ada benda lain ke nak guna?

Diorang guna doraemon tu ganti kucing hitam. Owhhhh…begitu rupa nya. Diorang tak nak guna kucing hitam sebab kena korban so diorang tak nak di label mendera haiwan. Bagus la macam, tak ada la kucing hitam jadi mangsa korban kan. Diorang letak doraemon tu dalam sangkar and then pusing satu kampung kononnya panggil hujan. Ni adat tradisi diorang.

“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing. Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini.” Kata salah penduduk, Rattakarn Jantanu. 

Macam-macam diorang ni kan dah tahu benda tu tak akan berlaku tapi still buat. Apapun terpulanglah sebab ni dah jadi adat diorang kan.MissHana/Utaranews.com
Read More
Inovatif

Jepun: Memiliki kenderaan adalah ciri khas orang kampung


Lain padang, lain belalang. lain di malaysia lain pula di Jepun, jika orang Malaysia berasa bangga memiliki kereta yang banyak dan dikatakan sebagai orang kaya, hal ini sangat berbeza dengan di Jepun. Jikalau ada orang Jepun mengatakan bahawa dia memiliki dua kereta, sudah tentu dia disangka golongan petani daripada luar bandar.

Hanya orang-orang kota yang yang sangat kaya dan tidak keberatan dengan sewa parking yang sangat tinggi sahaja yang mahu memiliki kenderaan beroda empat. Kalaupun ada, itu pun jarang digunakan. Mereka lebih harus rela melihat keretanya berdebu, karena berbulan-bulan tidak digunakan. Kalaupun digunakan pun hanya sesekali hanya untuk keluar kota. Sekali lagi ini menegaskan, bahwa hanya orang-orang yang hidup di kampung yang perlu kereta.

Isu  masalah tinggal di kota atau kampung dalam konteks masyarakat Jepun, sama sekali tidak ada kaitannya dengan kualiti hidup, pendidikan atau kemakmuran. Jalan kaki dan berbasikal adalah kenderaan orang kota. Basikal di parking di atas terowong laluan stesen keretapi. Jumlah penduduk metropolitan Tokyo (Greater Tokyo) termasuk kawasan seperti Chiba dan Saitama, sekitar 30 juta orang atau tergolong paling padat di dunia. Namun penduduk Tokyo tidak pernah berasa sesak dan bising seperti halnya di Kuala Lumpur.

Kenapa? Kerana mereka tinggal tersebar, dan melakukan perjalanan pergi dan pulang dari tempat bekerja dengan kereta api. Jaringan kereta api di Tokyo adalah yang paling intensif di seluruh dunia. Kereta api menjangkau setiap sudut kota. Jadual keberangkatan dan kedatangan hampir tidak pernah meleset, bahkan dalam kiraan saat sekali pun. Pengguna kereta api tidak berbual sia-sia, mereka membaca buku. Bercakapmenggunakan telefon selular di hadapan orang lain, adalah perbuatan yang tergolong sangat tidak sopan.

Para pekerja tidak mempunyai masalah jarak antara tempat tinggal dan pejabat. Mereka boleh memilih untuk tinggal dimana saja, karena kos pengangkutan ditanggung oleh syarikat tempat bekerja.

Pemerintah menjalankan strategi sedemikian rupa sehingga semua diarahkan menggunakan kereta api dan bukan bas kota apalagi kendaraan peribadi.

Orang-orang yang tinggal di kampung terutama petani, tentu saja memerlukan kenderaan roda empat, karena mereka petani maka perlu membawa logistik untuk keperluan bertanam. Mereka menggunakan kendaraan ada muatan belakang yang terbuka. Untuk kepentingan peribadi yang bersifat sosial, biasanya mereka menggunakan kenderaan yang lebih bersih.
Industri motor Jepun menguasai pasaran dunia dengan nilai berbilion dolar dengan strategi yang tepat untuk bangsa yang terbatas intelektualnya. Sukar untuk membayangkan wajah kehairanan seorang petani lobak di Gifu, bila mengetahui bahawa kendaraan SUV-nya itu jika di malaysia diletakkan sebagai simbol status eksekutif dan simbol orang sukses dan yang penuh gaya.

Gambar: Mohd Zahrin.com
Read More
Inovatif

Foto bertiga membawa sial, yang di tengah akan mati dulu?


Dalam kalangan masyarakat kita banyak yang beranggapan bahwa foto bertiga adalah terlarang kerana mereka percaya boleh menyebabkan orang yang di tengah akan mengalami nasib malang, malah mereka percaya boleh menyebabkan kematian. Misteri larangan foto bertiga ini sudah sejak lama menghantui masyarakat, sama ada golongan yang muda ataupun yang tua, yang tinggal di kota atau pun di kampung, ramai diantara mereka yang masih mempercayai hal tersebut. Malah orang yang sudah berpendidikan tinggi pun masih mempercayainya.

Kepercayaan yang berkembang luas di masyarakat ini kalau diselidiki lebih jauh, ternyata bukan berasal dari ajaran Islam. Sumber kepercayaan ini berasal dari kepercayaan non Islam yang mengkeramatkan angka tiga. Mereka mempercayai bahwa angka tiga merupakan angka suci untuk Tuhan, dan jika dikaitkan dengan manusia akan memberi kesan buruk. Kilatan yang muncul dari ‘flash’  kamera dipercaya akan mengambil salah satu nyawa mereka, iaitu dia yang berada di tengah ketika berfoto bertiga. Namun jika ditelaah dalam padangan Islam, maka tidak ada kaitannya antara foto bertiga dengan meninggalnya seseorang. Siapapun boleh mengambil foto bersama dengan orang lain tanpa perlu bimbang jumlah tiga karena takut mendapat malapetaka

Kepercayaan bahawa foto bertiga membawa malapetaka sehingga membawa kematian sewajarnya ditolak oleh mereka yang mentauhidkan Allah yang Esa agar tidak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam firman Allah, “Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutlah apa yang telah diturunkan Alah,” mereka menjawab, “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapatkan dari (perbuatan) nenek moyang kami.” (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?” (QS. Al-Baqarah: 170).

So, bila kebetulan sahabat anda ada yang pernah mengambil foto bertiga. Lalu tak lama kemudian ada yang meninggal. Bukan bererti itu kerana kutukan disebabkan foto bertiga. Tapi kerana memang ajalnya sudah tiba. Oleh sebab itu jangan kotori aqidah kita daripada hal-hal yang berbau syirik. Tidak ada yang boleh memberikan manfaat dan mudharat kecuali Allah. Maka tauhidkanlah Allah. Janganlah kita memiliki keyakinan yang tidak benar. Dengan meyakini bahawa foto bertiga boleh menimbulkan bencana atau mengundang sial kepada manusiaSemoga kita diselamatkan dari kesyirikan. Semoga kita senantiasa diberikan hidayah oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk selalu mentauhidkannya. Dan agar hati kita dijauhkan dari was-was syaitan. Dan agar senantiasa kita meyakini bahawa yang dapat memberikan manfaat dan mudharat hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Read More
Inovatif

Nisfu Syaaban, malaikat tukar buku?


Apa keistewaan bulan Sya’ban? Karena saya sering mendengar bahwa Allah menutup catatan perbuatan manusia dan menggantinya dengan catatan baru?

Terima kasih.
Wassalammualaikum warahmatullahi wa barakatu
Dari: Dian

Jawaban:
Wa’alaikumus salam warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,

Pertama, kami tidak pernah menjumpai dalil maupun keterangan ulama bahwa buku catatan amal hamba ditutup di malam nisfu Sya’ban atau ketika bulan Sya’ban. Kami hanya menduga, barangkali anggapan semacam ini karena kesalah fahaman terhadap hadis, dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya,
يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ
“Wahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Sya’ban?”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rajab dan Ramadhan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam kondisi berpuasa.’” (HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai ‘Sanadnya hasan’).

Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengkhabarkan, salah satu waktu, dimana amal para hamba dilaporkan adalah ketika bulan Sya’ban. Dan kerana itu, beliau memperbanyak puasa di bulan Sya’ban.

Kedua, Penting untuk dicatat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menentukan di tanggal berapa peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, itu terjadi selama satu bulan. Karena itulah, puasa yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di bulan Sya’ban tidak pilih-pilih tanggal. Beliau juga tidak menganjurkan agar kita memilih pertengahan Sya’ban untuk puasa. Yang beliau lakukan, memperbanyak puasa selama Sya’ban.

Untuk itu, siapa yang beranggapan dianjurkan memperbanyak ibadah ketika pertengahan Sya’ban, dengan anggapan bahwa ketika itu terjadi pelaporan amal, maka dia harus mendatangkan dalil. Tanpa dalil, berarti dia terjerumus perkara ghaib. Dan tentu saja, pendapatnya wajib ditolak.

Kemudian, penting juga untuk kita perhatikan, hadis itu sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Beliau hanya menyampaikan ketika bulan Sya’ban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.

Ketiga, tidak ada istilah penutupan buku amal dalam islam. Karena kaum muslimin dituntut untuk selalu beramal dan beramal sampai ajal menjemputnya. Allah berfirman,
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
“Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.” (QS. Al-Hijr: 99)

Para ulama tafsir sepakat bahwa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Karena setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih berjalan.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menasehatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat kepada beliau. Yang nasihat ini akan selalu dia jaga selama hidupnya. Nasihat yang beliau sampaikan sangat ringkas,
قلْ آمنتُ بالله ثم استقم
Katakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqmahlah.” (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya shahih).

Dan yang bernama 'istiqamah', tentu saja tidak akan ada putusnya.

Al-Imam Ahmad pernah ditanya, ‘Bilakah waktu untuk istirehat?’ beliau menjawab,
عند أول قدم نضعها في الجنة
“Ketika pertama kali kita menginjakkan kaki kita di surga.”
Sekali lagi tidak ada istilah istirahat beramal atau buku catatan amal ditutup sementara. Amal kita yang dihisab tidak hanya ketika nisfu Sya’ban, namun juga di bulan-bulan lainnya. Semoga Allah meringankan kita untuk terus istiqamah meniti jalan kebenaran. Amin..
Allahu a’lam



Sumber: https://konsultasisyariah.com
Read More
Inovatif

Terbongkar! Inilah 10 sebab mengapa Shila Amzah popular di China

Pemilik nama penuh Nurshahila binti Amir Amzah ini mula mencipta kerjaya di persada seni tanah air namun melebarkan sayapnya sehingga ke persada antarabangsa.

Shila berhijrah ke China pada tahun 2012 untuk mengembangkan bakatnya. Beliau terpilih untuk menyertai pertandingan nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen di Hunan.

Peluang itu sekaligus dijadikan batu loncatan buat gadis berusia 24 tahun ini. Ketahui 10 sebab mengapa Shila Amzah amat popular di China:

1 - Pada mulanya, Shila tidak tahu berbahasa Mandarin. Namun beliau mempelajari bahasa pertuturan itu agar memudahkannya berkomunikasi selain membuatkan dirinya dianggap serius ketika bertanding.

2 - Shila menawan hati peminat menerusi dendangan tersendirinya terhadap lagu ‘The Night I Was Missing You’. Para peminat menyatakan loghat yang dinyanyikan seakan-akan seorang yang bertutur Mandarin sejak kecil.

3 - Sedang mempelajari bahasa Kantonis agar dapat mengorak langkah ke dunia seni Hong Kong.

4 - Mula mendapat perhatian peminat cilik apabila terpilih menjadi mentor bagi sebuah rancangan televisyen kanak-kanak berjudul Let's Sing, Kids, pada tahun 2014.

5 - Mempunyai hubungan baik dengan media cina dan antarabangsa. Konflik dengan media tempatan yang berlarutan menyebabkan Shila kurang mendapat liputan di Malaysia.

6 - Mempunyai jumlah pengikut yang ramai apabila lebih 2.5 juta peminat berdaftar di Weibo, iaitu sebuah laman mikro blog yang popular di China.

7 - Perpindahan ke China membuatkan penyanyi yang berasal dari Setapak ini bekerja lebih keras untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang disegani.
8 - Dinobatkan anugerah istimewa oleh kerajaan China atas sumbangan khasnya dalam mengeratkan perhubungan di antara Malaysia dan China.

9 - Diangkat menjadi duta budaya setelah Shila menghiburkan presiden China, Xi Jinping semasa lawatannya ke Malaysia pada Oktober 2013.

10 - Meskipun mempunyai bapa yang juga seorang penyanyi popular satu ketika dahulu, Shila berjaya membuang bayangan bapanya lantas mencipta imej tersendiri. 
 
Sumber: Astro Awani
Read More
Inovatif

Kisah bagaimana Tuan Guru Haron Din terima & belanjakan wang RM1 juta

Kedua adik beradik ini mesra bersama

CERITA ALMARHUM TUAN GURU HARON DIN KEPADA KAMI....
Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa' Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna. 

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati " mungkin RM100 atau lebih sikit". Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tapi si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. "Ustaz gunalah duit tersebut untuk apa-apa pun". Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, "saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi". Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali-kali berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, "bukan saya, tapi ada hamba Allah yg bagi cek ni pada saya. Saya tolong sampaikan saja".
Bergambar bersama adik beradik
Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami tadi menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan tentang lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami tadi terkejut. " Ustaz guna duit tu untuk masjid?" Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum. 

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, orang agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya' dan solihin.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه....
Abu Anas Mohamad Lutfi
Kuala Kubu Bharu
Read More
Inovatif

10 Salah faham terbesar tentang Islam


Wartawan dan pengarang Swiss, Roger Du Pasquier menulis dalam buku

Unveiling Islam (Islamic Texts Society) December 1, 1992

“Di Barat, sama ada Kristian atau agama lain, tidak pernah benar-benar mengenali Islam. Sejak mereka melihat ia muncul di pentas dunia, Kristian tidak pernah berhenti menghina dan memfitnah untuk mencari justifikasi untuk melancarkan perang ke atasnya.”

Kali ini saya ingin memuatkan 10 salah faham terbesar mengenai Islam dari kaca mata masyarakat dunia. Semoga memberi pendedahan kepada kita semua terhadap salah anggap yang berlaku dan dapat menjawab setiap persoalan yang dilemparkan kepada agama Islam.


1. Muslim adalah Arab
Salah faham: Semua orang Islam adalah orang Arab

Imej biasa seorang muslim dalam pemikiran Barat adalah seorang lelaki berserban Arab dengan janggut yang panjang. Walau bagaimanapun, imej ini adalah sebahagian daripada minoriti umat Islam. Arab terdiri daripada hanya 15% daripada penduduk Islam di dunia. Fakta menunjukkan bahawa penganut agama Islam di Timur Tengah adalah yang ketiga, dengan Asia Timur pada tangga pertama (69%) dan kawasan benua Afrika (27%) pada tangga kedua. Satu lagi salah faham yang biasa ialah bahawa semua orang Arab beragama Islam. Yang sebenarnya, walaupun majoriti orang Arab Islam (75%), terdapat banyak agama-agama lain yang diamalkan oleh orang Arab termasuk Kristian dan Yahudi.


2. Muslim dan Jesus
Salah faham: Orang Muslim membenci Jesus

Sebenarnya banyak persamaan fakta sejarah diantara Kristian dan Islam. Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa orang Islam mengakui bahawa Jesus adalah salah seorang daripada utusan Tuhan (Allah), iaitu dikenali sebagai Nabi Isa. Seseorang muslim itu wajib beriman dan percaya kepada kelahiran suci Maryam dan mukjizat-mukjizat yang terdapat pada Nabi Isa (Jesus). Nabi Isa (Jesus) turut disebut di dalam kitab suci Al-Quran di dalam pelbagai surah dan baginda (Nabi Isa/Jesus) sering dirujuk sebagai contoh tauladan yang mulia dan terpuji. Walau bagaimanapun, perbezaan utama diantara kepercayaan penganut Kristian dan Islam adalah, Islam tidak meletakkan Jesus sebagai tuhan. Islam juga mempercayai Nabi Isa sebagai penyelamat manusia di akhir zaman.


3. Hak Kanak-Kanak
Salah faham: Kanak-kanak tidak mempunyai hak

Kanak-kanak, mengikut undang-undang Islam, mempunyai hak yang pelbagai. Salah satunya ialah hak dipelihara dan dibesarkan dengan baik dan diberi pendidikan. Islam menggalakkan kanak-kanak dibesarkan dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab seorang dewasa untuk membesarkan anaknya untuk menjadi seorang dewasa yang bermoral dan beretika. Anak-anak juga perlu diberi layanan yang adil. Apabila memberi hadiah wang, mereka semua harus mendapat jumlah yang sama dan tidak harus ada pilih kasih di kalangan mereka. Kanak-kanak dibenarkan untuk mengambil sedikit daripada harta ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan bagi diri, walaupun jika ibu bapa enggan memberikan mereka perbelanjaan yang sepatutnya untuk hidup. Seorang kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk dipukul di muka atau dirotan oleh apa-apa lebih besar daripada sebatang pensil.


4. Agama Yang Tiada Toleransi
Salah faham: Islam tidak boleh bertolak ansur kepada agama-agama lain

‘Bunuh orang kafir’ adalah frasa yang ramai orang percaya bahawa ini adalah ideologi orang Islam terhadap orang bukan Islam. Ini adalah satu gambaran yang tidak betul tentang undang-undang agama Islam. Islam sentiasa memberi penghormatan dan kebebasan beragama kepada semua penganut agama lain. Dalam Al-Quran mengatakan, ‘Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa’. (Surah al-Ma’idah : 8) Terdapat banyak contoh sejarah toleransi Islam terhadap agama lain. Salah satu contoh adalah apabila Khalifah Umar menjadi penguasa Jerusalem dari 634 hingga 644 Masihi. Dia memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat agama dan berkata bahawa penduduk bandar adalah selamat dan tempat ibadat mereka tidak akan diambil dari mereka. Beliau juga telah menubuhkan mahkamah yang telah ditetapkan kepada minoriti bukan Islam. Apabila beliau melawat kawasan suci (holy area) beliau akan meminta ketua Kristian, bapa Sophronius (Christian patriarch Sophronius) untuk menemaninya.


5. Jihad
Salah faham: Jihad bermaksud membunuh demi tuhan

Makna sebenar bahasa Arab bagi perkataan jihad adalah perjuangan. Terdapat banyak bentuk jihad tetapi yang paling penting adalah jihad al-nafs (jihad melawan nafsu diri), jihad bil-lisan (jihad dengan menjaga percakapan), yad bil jihad (jihad dengan menggunakan tindakan), dan Jihad bis Saif (jihad dengan menggunakan pedang). Setiap jihad berada pada kedudukan berbeza dan telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pulang dari pertempuran dan berkata, ”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (yang pergi ke medan peperangan) kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan hawa nafsu). Ini bermakna bahawa Islam mementingkan perjuangan menentang nafsu diri dan jiwa, lebih penting daripada jihad dalam perang. Mati syahid tidak hanya mati di medan perang. Seseorang yang meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah, seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak, atau seseorang yang mati dalam kemalangan kereta ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, semuanya diberi kemuliaan syahid.


6. Perkahwinan Kanak-Kanak
Salah faham: Nabi Muhammad SAW adalah pedophile (bermaksud sumbang mahram/salah laku seks terhadap kanak-kanak)

Walaupun ia adalah benar bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang pada ketika itu berusia sembilan tahun, tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil pedophilia. Sejarah pada waktu itu menunjukkan, dan juga didalam Islam, umur di mana seorang perempuan telah dianggap bersedia untuk berkahwin adalah setelah mencapai akil baligh. Perkara ini juga terdapat dalam Bible, dan masih digunakan hari ini untuk menentukan umur perkahwinan di banyak kawasan di dunia. Ini adalah sebahagian daripada norma manusia. Aisyah (Isteri Nabi Muhamad SAW) berkahwin setelah baligh 3 tahun sebelum perkahwinan. Dia telah mencapai umur akil baligh. Dan lelaki atau perempuan, menurut di sisi undang-undang Islam, mereka bertanggungjawab atas segala tindakan mereka di bawah undang-undang Islam. Pada waktu ini, mereka dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Dalam Islam juga, adalah menyalahi undang-undang untuk memaksa seseorang untuk berkahwin dengan seseorang jika mereka tidak mahu berkahwin. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa masyarakat pada zaman itu mengkritik atau mengecam gadis yang berkahwin pada usia muda. Sebaliknya, perkahwinan telah digalakkan oleh keluarga gadis dan telah disambut baik oleh masyarakat umum.


7. Keganasan Tentera Muslim
Salah faham: Tentera Islam adalah orang yang tidak bertamadun dan biadab semasa perang

Ini agak berlawanan kerana terdapat sepuluh peraturan perng yang setiap tentera Islam mesti patuhi:

Jangan melakukan pengkhianatan

Tidak menyimpang dari jalan yang lurus

Jangan merosakkan mayat

Jangan membunuh kanak-kanak

Jangan membunuh wanita

Jangan membunuh lelaki tua

Tidak memudaratkan atau membakar pokok

Jangan memusnahkan bangunan-bangunan

Tidak memusnahkan tanaman musuh, melainkan jika digunakan untuk makanan

Membiarkan orang yang menumpukan hidup mereka kepada perkhidmatan monastik

Semasa perang salib, apabila Salahuddin menewaskan tentera Frank, baginda memberi penghormatan kepada tentera Frank yang dikalahkan dan membekalkan mereka dengan makanan dan semasa perang salib ketiga apabila musuh Salahuddin, raja Richard jatuh sakit, Salahuddin menghantar kepada baginda hadiah buah-buahan dan kuda.

Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kali kedua keatas Jerusalem dengan kata-kata berikut ini:
Pada tarikh 2 Oktober 1187, Salahuddin dan tenteranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi bandar Muslim. Salahuddin menepati janjinya, dan menakluk kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan yang paling tinggi.

Dia tidak berdendam untuk membalas pembunuhan tahun 1099, seperti yang Al-Qur'an anjurkan (16:127), dan sekarang, kerana permusuhan dihentikan, ia menghentikan pembunuhan (2:193-194).

Tidak ada seorang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada rampasan harta. Jumlah tebusan pun sangat rendah....

Salahuddin menangis tersedu-sedu kerana keadaan mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur berpecah-belah dan dia membebaskan banyak daripada mereka, mengikut imbauan Al-Quran, walaupun menyebabkan putus asa pengurus negara yang telah lama menderita.

Saudara lelakinya al-Adil begitu tertekan kerana penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka bersamanya dan kemudian membebaskan mereka di tempat itu juga...

Semua pemimpin Islam merasa tersinggung kerana melihat orang-orang Kristian kaya melarikan diri dengan membawa kekayaan mereka, yang boleh digunakan untuk menebus semua tawanan...

Heraclius membayar tebusan dirinya sebanyak sepuluh dinar seperti tawanan lain dan bahkan diberi pengawal peribadi untuk mempertahankan keselamatan harta bendanya selama perjalanan ke Tyre.
Subhaanallah..


8. Hak Wanita
Salah faham: Wanita tidak mempunyai hak dalam Islam

Imej bagi seorang wanita memakai tudung dari kepala ke kaki, adalah seorang wanita yang tidak mendapat keadilan. Dan terdapat negara-negara Islam di dunia yang melaksanakan banyak hukuman yang keras terhadap wanita, ini tidak harus digambarkan sebagai undang-undang Islam. Kebanyakan negara-negara ini mempunyai perbezaan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini harus diperhatikan bahawa semasa zaman sebelum ketibaan Islam, wanita telah digunakan untuk memuaskan nafsu sahaja dan tidak mempunyai kebebasan. Kelahiran anak perempuan dalam keluarga dianggap penghinaan dan amalan pembunuhan bayi perempuan adalah tidak terkawal.  Apabila Islam datang, agama ini melarang keras amalan pembunuhan bayi perempuan. Islam telah memberikan kembali hak asasi manusia yang banyak kepada wanita. Seorang wanita Islam dibenarkan untuk menolak dan menerima apa-apa pinangan untuk berkahwin dan mempunyai hak untuk memohon perceraian. Juga dari segi pendidikan, seorang wanita yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk mencari ilmu demi kebaikan dirinya dan masyarakat. Pada waktu ini, banyak wanita telah dieksploitasi dengan iklan produk yang mendedahkan aurat. Manakah yang lebih melindungi wanita? Islam atau undang-undang ciptaan manusia?


9. Disebarkan Melalui Pedang
Salah faham: Islam telah tersebar dengan pedang

Sejarawan De Lacey O’Leary mengatakan, “Sejarah menjelaskan bahawa lagenda tentera Islam fanatik yang menyerang dunia dan memaksa memeluk Islam dengan pedang terhadap bangsa yang ditawan adalah salah satu mitos yang paling hebat yang tidak masuk akal dalam sejarah dunia.“ Tidak ada catatan dalam sejarah yang menunjukkan orang yang dipaksa oleh mata pedang untuk memeluk agama Islam. Apabila Islam tersebar melalui negara, mereka akan menubuhkan gereja persendirian dan rumah-rumah ibadat untuk orang bukan Islam yang tinggal dibawah pentadbiran mereka dan kerana akhlak yang baik yang mereka telah terima, mereka sendiri tertarik untuk menukar agama. Orang yang melihat sejarah dan gemar berfikir akan menyedari bahawa satu kumpulan kecil orang tidak boleh memaksa orang lain untuk menjadi ahli-ahli agama mengikut kehendak mereka. Dan yang paling menarik untuk direnungkan, adalah apabila tentera Mongol menyerang dan menakluki sebahagian besar empayar Islam, dan tentera Mongol tersebut bukannya memusnahkan agama Islam, malah mereka pula menerima pakai ajaran Islam dalam kehidupan mereka.


10. Islam Itu Pengganas
Salah faham: Islam adalah pengganas

Setakat ini, ia merupakan salah tanggapan buruk terbesar tentang Islam, memandangkan media memberikan imej tidak adil dan sikap stereotaip awam (barat). Kenapa tentera Amerika atau Israel yang menembak orang awam dilabelkan sebagai ’pembenci jenayah’, tetapi apabila seorang Muslim membuat tembakan balas untuk mempertahankan diri atau keluarga mereka, akan dianggap sebagai ’pengganas’? Pihak media juga menggambarkan Islam sebagai suatu kultus atau kumpulan dimana jika kita menyertainya, kita menjadi seorang pengganas yang kini merupakan sebahagian daripada agenda buruk pihak barat. Walau bagaimanapun, di seluruh dunia, Islam dalam bentuk sebenar adalah sebagai satu cara hidup. Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menentang idea keganasan.

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas". (QS Al Baqarah: 190)

Tiada tempat dalam Islam, sama ada dalam al-Quran atau ajaran Muhammad, yang menggalakkan pembunuhan orang yang tidak berdosa.
Read More